Berita | Treler dijilat api, pemandu rentung

JOHOR BAHRU: Seorang pemandu treler rentung dalam kebakaran kenderaan berat itu di Kilometer 145.9 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan di Bukit Gambir, Tangkak, hari ini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Gambir, Penolong Penguasa Bomba Mohd Farizan Mokhtar, berkata mayat mangsa yang dikenal pasti sebagai Aminrullrashed Azman, 39, ditemui di bahagian bawah tempat duduk penumpang.

Terdahulu, beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 7.36 pagi tadi.

Susulan itu, katanya, 13 anggota bersama penyelia pasukan bertugas, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Khalid Mohd Aris, dikerahkan ke lokasi kejadian bersama jentera Perkhidmatan Penyelamatan dan Perawatan Kecemasan (EMRS), ‘water tanker’ serta sebuah utiliti.

“Kebakaran itu membabitkan sebuah treler tanpa muatan yang musnah kira-kira 90 peratus pada kepala, di samping bahagian lain kenderaan berkenaan.

“Terdapat seorang mangsa dikenal pasti sebagai Aminrullrashed Azman, 39, yang juga pemandu treler itu, namun tiada kelindan atau penumpang dilaporkan terbabit.

“Kemalangan itu berlaku apabila treler terbabit dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke bahagian tengah pembahagi jalan,” katanya kepada BH.

Beliau berkata, operasi pemadaman mengambil masa kira-kira 40 minit, manakala punca kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan.

Katanya, mayat mangsa sudah dikeluar dan diserahkan kepada polis kira-kira jam 9.30 pagi untuk tindakan lanjut. – BH ONLINE

oleh Nurul Amanina Suhaini

kredit foto: Ihsna Bomba

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: