Berita | Zuraida dilantik Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi baharu
KUALA LUMPUR, 27 OGOS : Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin dilantik sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi baharu.
Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Bangunan Putra, Putrajaya sebentar tadi.
Portfolio itu sebelum ini digalas Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali, semasa Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri.
Sejak 2018, Zuraida diberi kepercayaan menjadi Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Bagaimanapun, portfolio itu kini diberi kepada Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dari parti UMNO. – PPI