Berita | Arsenal ‘lauk’ di Etihad
MANCHESTER: Arsenal terus mengharungi mimpi ngeri bagi musim baharu Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila dibelasah 5-0 oleh penyandang juara, Manchester City di Stadium Etihad, sebentar tadi.
The Gunners kini tewas semua tiga aksi pertama musim ini dan belum lagi menjaringkan sebarang gol setakat ini.
Ilkay Gundogan, Ferran Torres dan Gabriel Jesus masing-masing mencetak nama selaku penjaring ketika Arsenal terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila Granit Xhaka dilayangkan kad merah susulan kekasaran ke atas Joao Cancelo.
Rodri menambah gol keempat pada babak kedua sebelum Torres menjaringkan gol keduanya pada perlawanan itu untuk membantu Citizens meledak lima gol dalam dua aksi berturut-turut.
Kekalahan itu meletakkan Arsenal di tangga tercorot sementara City melonjak ke persada liga menerusi perbezaan jaringan. -Agensi
kredit foto: Getty Images/Catherine Ivill