Berita | Labuan, Putrajaya catat sifar kes kematian

KUALA LUMPUR, 28 Ogos : Dua daripada tiga Wilayah Persekutuan Malaysia iaitu Labuan dan Putrajaya mencatatkan sifar kes kematian untuk lima hari berturut-berturut sejak 24 Ogos lalu.

Jumlah kes kematian bagi kawasan Kuala Lumpur turun ke 26 kes harian selepas mencatatkan 40 kes semalam.

Labuan merekodkan lima kes harian positif Covid-19 baharu, Putrajaya 49 kes dan Kuala Lumpur pula masih berada pada paras 1,111 kes harian baharu.

Dalam pada itu, KKM di laman rasmi Facebooknya melaporkan, setakat semalam (27 Ogos), sejumlah 61.1% atau 14,297,962 populasi dewasa telah lengkap mendapatkan dua dos vaksin.

81.5% atau 19.09 juta populasi dewasa pula telah diberikan suntikan sekurang-kurangnya satu dos. – PPI

kredit foto: Syafeeq Ahmad

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: