Berita | Kes kematian tertinggi Covid-19, Selangor catat 110 kes
KUALA LUMPUR, 29 OGOS : Selangor menjadi satu-satunya negeri yang merekodkan kes kematian melepasi paras 100 kes, iaitu 110 kes harian.
Johor mencatatkan 50 kes kematian, diikuti Sabah dengan 46 kes, Kuala Lumpur 22 kes dan Pulau Pinang dengan 16 kes.
Negeri lain masing-masing merekodkan jumlah satu digit kes kematian.
Menurut data yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia itu lagi, 240 daripada jumlah 285 kes kematian yang dicatatkan hari ini adalah warganegara Malaysia. – PPI
kredit foto: Bloomberg