Berita | PN Bukit Melawati lancar kempen kibar Jalur Gemilang
KUALA SELANGOR, 29 OGOS : Penyelaras Perikatan Nasional Dun Bukit Melawati, Shoba Selvarajoo hari ini melancarkan kempen kibar Jalur Gemilang peringkat Dun di sini.
Dalam satu hantaran di laman Facebooknya, Shoba berkata program serahan bendera kebangsaan itu bermula jam 11 pagi tadi di kawasan McDonalds Kuala Selangor.
“Program ini telah mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk kawasan.
“Jutaan terima kasih diucapkan kepada tetamu-tetamu yang hadir dan memberi sumbangan untuk menjayakan kempen kibar Jalur Gemilang tahun ini,” katanya.
Turut hadir adalah Pengerusi Penggerak Komuniti Negara (PKN) Selangor, Tuan Haji Fauzi, Pengarah Urusan Ameer Capital Sdn. Bhd., Cik Hazirah Ibrahim dan Tuan Nik Ameer. – PPI