Berita | Azmin ketuai angkat sumpah barisan Kabinet baru

Kuala Lumpur: Seramai 31 menteri termasuk empat menteri kanan dan 37 timbalan menteri mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, di sini bermula jam 2.30 petang hari ini.

Mengikut jadual seramai 38 timbalan menteri mengangkat sumpah, namun Ahli Parlimen Kimanis Datuk Mohamad Alamin, yang dinamakan sebagai Timbalan Menteri Pendidikan mengesahkan tidak dapat hadir kerana dijangkiti Covid-19.

Istiadat yang berlangsung di Balairung Seri itu juga tidak dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berikutan perlu menjalani kuarantin kendiri selepas disahkan mempunyai kontak rapat dengan pesakit Covid-19.

Turut berangkat pada istiadat itu, Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia dimulakan dengan mengurniakan kepada tujuh menteri iaitu Menteri Kanan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Kanan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri Kanan Menteri Pendidikan Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin; Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Saravanan Murugan.

Seterusnya Mohamed Azmin mengetuai kumpulan pertama tujuh menteri itu melafazkan setia dan sumpah simpan rahsia di hadapan Agong.

Kemudian mereka menandatangani dokumen surat sumpah disaksikan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali. – HARIAN METRO

oleh Amir Abd Hamid

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: