Berita | Giliran Yee Khie hadiahkan pingat kedua buat negara

Kuala Lumpur: Atlet powerlifting negara, Jong Yee Khie membawa khabar gembira apabila meraih pingat perak dalam kelas 107kg lelaki di Paralimpik Tokyo, hari ini.

Ia adalah pingat kedua yang diraih kontinjen paralimpik negara selepas Bonnie Bunyau Gustin meraih emas dalam acara 72 kilogram (kg) powerlifting selepas melakukan angkatan seberat 228kg yang merupakan rekod baharu temasya itu, Sabtu lalu.

Pada saingan hari ini yang berlangsung di Tokyo International Forum, atlet dari Sarawak itu gagal melakukan angkatan 230kg pada percubaan pertama sebelum berjaya melakukan 237kg di percubaan kedua.

Dia kemudiannya cuba melakukan angkatan 245kg pada percubaan ketiga namun gagal melakukannya.

Pingat emas dimenangi Sodnompiljee Enkhbayar dari Mongolia dengan angkatan 245kg yang juga rekod baharu temasya manakala Saman Razi (Iran) meraih gangsa dengan angkatan 231kg.

Enkhbayar yang juga pemegang rekod dunia, memperbaiki rekod temasya 238kg yang dilakukannya atlet Greece, Pavlos Mamalos di Paralimpik Rio 2016 dengan catatan baharu 241kg sebelum melakukan 245kg di Tokyo. – HARIAN METRO

oleh Saiful Affendy Sapran

kredit foto: Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: