Berita | Lembah Klang boleh beralih ke Fasa 2, kata PM

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob berpendapat kawasan Lembah Klang boleh beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) berikutan lebih 80% penduduknya divaksinasi.

“Syabas Lembah Klang kerana kadar vaksinasi cemerlang yang sudah mencapai lebih 80% dengan ini saya berpendapat bahawa Lembah Klang sudah boleh beralih ke fasa seterusnya,” katanya menerusi catatan di Facebooknya.

Katanya, beliau akan membincangkan perkara itu dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19 bersama Jemaah Menteri sebelum ia dimuktamadkan.

“Semua ini bakal diputuskan selepas saya berbincang melalui mesyuarat Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19 bersama barisan Kabinet yang akan dipengerusikan saya nanti,” katanya sambil meluahkan rasa bangga dengan pencapaian tersebut.

Setakat semalam lebih 61% individu dewasa seluruh negara lengkap dua dos vaksin, manakala lebih 81% sekurang-kurangnya menerima satu dos. – FMT

kredit foto: The Star

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: