Berita | PM bertemu wakil perniagaan dalam usaha pulihkan ekonomi

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengadakan pertemuan dengan dengan pelbagai wakil sektor perindustrian, dewan perniagaan dan usahawan belia bagi membantu kerajaan memulihkan ekonomi negara.

Perdana Menteri berkata, perkara itu sejajar dengan pasaran pelaburan yang menunjukkan kadar pertumbuhan memberangsangkan sejak kebelakangan ini.

“Salah satu dari misi utama pihak kerajaan adalah untuk mengembalikan ekonomi negara di landasan yang betul selepas terjejas sebegitu lama akibat pandemik COVID-19.

“Sejajar dengan perkembangan ini, saya akan adakan pertemuan dalam masa terdekat dengan pelbagai wakil sektor perindustrian, dewan perniagaan dan juga usahawan belia bagi mendapatkan kerjasama mereka dalam usaha kerajaan untuk memulihkan ekonomi negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Ismail Sabri berkata, beliau yakin faktor kestabilan politik dan kadar vaksinasi yang semakin tinggi dan meluas menjadi pemangkin untuk mencapai kadar pertumbuhan ekonomi yang lebih pesat dan bakal dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia.

Pada hantaran itu juga, Perdana Menteri turut memuat naik lampiran graf FTSE Bursa Malaysia KLCI pagi tadi yang menunjukkan peningkatan 6.81 mata pada awal dagangan dan kenaikan 4.7 peratus pada tarikh sama tahun lalu.

Ismail Sabri dilantik sebagai Perdana Menteri kesembilan pada 20 Ogos lalu menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meletakkan jawatan selepas kehilangan sokongab majoriti.

Bursa Malaysia dilaporkan meneruskan peningkatan minggu lalu untuk dibuka tinggi hari ini, disokong permintaan belian yang berterusan di saham wajaran tinggi terpilih berikutan lebih ramai pelabur meraih keyakinan susulan ketegangan politik dalam negara yang semakin reda, kata peniaga.

Pada jam 9.05 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 10.33 mata kepada 1,600.49 berbanding 1,590.16 sewaktu ditutup pada Jumaat.

Indeks itu dibuka 3.03 mata lebih tinggi kepada 1,593.19.

Suasana pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 286 kepada 200, manakala 373 kaunter tidak berubah, 1,387 tidak diniagakan dan 50 yang lain digantung. – BH ONLINE

oleh Mohd Iskandar Ibrahim

kredit foto: Chong Voon Chung/Xinhua

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: