Berita | PM jalani kuarantin kendiri, tidak hadir istiadat angkat sumpah Kabinet

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak dapat menghadiri Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Simpan Rahsia Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Timbalan Menteri Persekutuan.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan ia selepas beliau perlu menjalani kuarantin kendiri setelah disahkan sebagai kontak rapat kepada pesakit COVID-19.

“Sementara itu, bagi sambutan Hari Kebangsaan 2021 yang dijadualkan berlangsung di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya esok (31 Ogos 2021), Perdana Menteri akan menyertainya secara maya,” memetik kenyataan itu.

Istiadat di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah itu dijadual berlangsung jam 2.30 petang ini di Istana Negara.

Ismail Sabri mengumumkan barisan Kabinet baharu beliau pada 27 Ogos lalu.Selain pulang ke kampung halaman di Temerloh pada hujung minggu lalu, beliau turut menghadiri program 1 juta dos vaksin COVID-19 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di ibu negara, pada Ahad. – ASTRO AWANI

credit photo: Reuters

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: