Berita | Sultan Johor bimbang peraturan baru program MM2H jejas kedatangan warga asing

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini menggesa syarat-syarat program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) dikaji semula, mengatakan ia terlalu ketat dan akan membuatkan warga asing kurang berminat untuk datang ke Malaysia.

Dalam sebuah kenyataan di Facebook, beliau berkata syarat-syarat baru itu juga bakal membuatkan pemegang pemilikan yang ada ketika ini meninggalkan Malaysia.

“Penetapan syarat baru seharusnya lebih baik, bagi mendorong kemasukan pelancong serta pelabur untuk kembali meningkatkan ekonomi negara.

“Jika ia (syarat baru) terlalu ketat, kemungkinan boleh memberi kesan kepada pendapatan negara, serta memberi tekanan kepada peserta baharu dan sedia ada,” katanya.

Syarat-syarat baru yang dikenakan kepada warga asing antaranya mereka perlu membuktikan pemilikan aset cair berjumlah RM500,000 hingga RM1.5 juta bergantung kepada usia.

Mereka juga perlu memiliki pendapatan bulanan luar pesisir sekurang-kurangnya sebanyak RM40,000 dan perlu berada dalam negara sekurang-kurangnya selama 90 hari dalam negara bagi setiap tahun.

Dalam pada itu, visa yang dikeluarkan melalui MM2H kini sah bagi lima tahun dan penggunaannya adalah sah bagi 10 tahun.

Sultan Ibrahim berkata kehilangan minat daripada warga asing akan mengakibatkan kerugian kepada negara.

“Ini juga amat mengecewakan kita di Johor di mana kita mempunyai hubungan sejarah yang lama dengan Singapura serta rakyatnya, syarat baru ini kemungkinan akan menyebabkan mereka untuk tidak melabur di Johor,” katanya.

Beliau turut berkata kerajaan perlu mempertimbangkan untuk mengembalikan kriteria yang ditetapkan sebelum ini yang berkesan dalam mempromosikan Malaysia sebagai antara destinasi persaraan antarabangsa.

“Jika kita kerap mengubah peraturan, ini boleh menyebabkan ketidakyakinan dalam kalangan peserta, dan ini juga bukan masanya untuk menaikan kadar fi.

“Pengubahan syarat secara drastik akan menjejaskan imej negara,” katanya. – MALAYSIA NOW

kredit foto: CNA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: