Berita | Suntik vaksin Covid-19 tanpa pengetahuan, suami cerai isteri di Facebook

PETALING JAYA: Seorang lelaki dilapor melafazkan taklik ke atas isterinya di media sosial kerana wanita itu mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.

Suri rumah itu kemudian menghubungi seorang peguam syarie bagi mendapatkan khidmat dan pengesahan sama ada taklik dilafazkan melalui Facebook itu sah atau sebaliknya.

Berdasarkan perkongsian yang dimuat naik melalui Facebook peguam syarie itu, suami isteri berkenaan adalah pasangan jarak jauh dan kejadian dilaporkan berlaku semalam.

Peguam syarie Maryam Wafda Kamilen daripada Tetuan Wafda Kamilen & Associates ketika dihubungi mengesahkan menerima pertanyaan daripada suri rumah itu, menurut laporan Harian Metro.

Katanya, suri rumah itu mengakui mengambil suntikan vaksin dos pertama tanpa pengetahuan suaminya Selasa lalu.

“Ketika berbual melalui telefon mengenai vaksin, lelaki berkenaan melarang isterinya mendapatkan suntikan vaksin dan jika ingkar maka akan jatuh taklik.

“Suri rumah itu menghubungi saya untuk mendapatkan kepastian sama ada taklik dilafazkan suaminya jatuh atau sebaliknya,” katanya.

Menurutnya, ini bukan kali pertama kes seperti itu dirujuk kepada firma guamannya. Beliau seterusnya menasihati suri rumah itu mendapatkan pengesahan Mahkamah Syariah.

Katanya, terdapat empat kes berkaitan isu yang sama diterimanya sejak penularan wabak Covid-19 dan keperluan rakyat mendapatkan suntikan vaksin.

“Kami bersedia menawarkan perkhidmatan kepada semua suri rumah yang berhadapan dengan situasi itu.

“Kami menyarankan suri rumah yang berdepan dengan situasi itu supaya segera memfailkan kes itu di Mahkamah Syariah,” katanya. – FMT

kredit foto: Reuters/Loren Elliott

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: