Buahfikir | KPKK: Dari baik kepada baik

Ingat dulu, selepas Tan Sri Muhyiddin umumkan peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri, saya menerima mesej melalui whatsapp dari kawan sekampung, Helmi.

Mesej Helmi – Roi, Khairudin (YB Khairuddin) tak pegang KPKK. Sedih.

Memang saya Roi, tapi hati saya tak keras. Saya faham kesedihan Helmi. Helmi anak kampung yang mesra tanah. Helmi antara 500,000 pekebun kecil yang terlibat dengan agrikomoditi. Sebagai pekebun kecil, Helmi juga terkesan dengan pandemik.

Setelah pekebun kecil lalui zaman gelap 22 bulan, Helmi menerima manfaat di bawah kerajaan PN. Ketika itu YB Khairuddin dilantik meneraju KPKK. Jadi, wajarlah Helmi sedih selepas kabinet dibubarkan. Mungkin Helmi masih trauma dengan iklan minum sesudu sawit sehari, entahlah.

Selepas diumumkan kabinet baru di bawah kepimpinan Perdana Menteri ke-9, saya menarik nafas lega untuk Helmi. Pergi Khairuddin datang Zuraida. Seperti Khairuddin, Zuraida antara Menteri yang menunjukkan prestasi terbaik ketika meneraju KPKT.

Kepimpinan Zuraida bukan main-main. Selain berjaya menerajui KPKT selama dua penggal dan mengangkat menjadi kementerian penting, latar belakang Zuraida dalam korporat sebelum ini sangat membantu beliau mengemudi KPKT. Tegas dan terbuka, Zuraida pernah berkata dia sangat berbesar hati untuk mendengar cadangan dan pandangan dari mantan Menteri KPKK, Khairuddin untuk mengangkat KPKK.

Pujian ini bukan bodek makan kacang. Hari ini dalam majlis penyerahan tugas, Khairuddin sendiri berkata, pengalaman bekerjasama dalam politik bersama Zuraida menunjukkan dia seorang yang kerja kuat hingga dianggap iron lady.

Setelah saya mendapat tahu Zuraida Kamaruddin dilantik menerajui KPKK, saya telefon Helmi. Belum sempat saya tanyakan mengenai Menteri baharu KPKK, saya dengar suara Helmi ketawa suka di corong telefon. Perkataan pertamanya, Alhamdulillah. – PPI

Oleh Ahmad Roi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: