Berita | 30 peratus wanita sebagai Pengerusi, Ahli Lembaga agensi KPPK – Zuraida

KUALA LUMPUR, 6 SEPT : Sebanyak 30 peratus wanita akan dilantik sebagai Pengerusi, Ahli Lembaga dan Ketua Pegawai Eksekutif untuk agensi-agensi dalam Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

Perkara ini dinyatakan Menterinya, Datuk Zuraida Kamaruddin hari ini dalam ucapannya di Forum Urban Malaysia yang bertemakan ‘Pemulihan Bandar Secara Inklusif Gender Pasca Covid-19’.

Katanya, lebih ramai wanita perlu memegang jawatan sebagai pembuat keputusan untuk menangani isu melibatkan ketidaksamaan gender, terutama di kawasan bandar.

“Ia memerlukan pentadbiran dinamik secara inklusif gender untuk memajukan negara.

“Sebelum ini, saya sudah buktikan mampu laksanakannya dalam KPKT, apabila 30 peratus wanita dilantik memegang jawatan strategik,” katanya.

Forum yang dianjurkan Urbanice Malaysia tadi mengupas bagaimana pemulihan negara pasca Covid-19 perlu mengambil kira ketidaksamaan gender sebagai masalah penting dalam kemajuan bandar.

Malaysia dilihat sebagai negara pertama dalam rantau ini yang membincangkan kaedah menyelesaikan masalah wanita bandar, terutama dalam mendepani endemik Covid-19. – PPI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: