Berita | KPPK rancang urus sisa ladang guna ‘waste park’, tambah pendapatan pekebun kecil

KUALA LUMPUR, 6 SEPT : Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi akan memperkenalkan konsep ‘waste park’ di ladang-ladang bagi mengurus sisa pepejal komoditi.

Ia adalah bagi mewujudkan ekonomi sirkular yang menyeluruh dan lestari, kata Menterinya, Datuk Zuraida Kamaruddin semasa rancangan temubual Agenda Awani bertajuk KPPK : 100 Hari Buktikan Pencapaian’ tadi.

“Dengan kaedah ini, sisa sampah, sabut, daun dan pelbagai sisa kesan aktiviti perladangan dikumpul.

“Kita kemudiannya akan ubah sisa buangan ini kepada produk berguna.

“Misalnya sabut sawit boleh diproses jadi tar jalan dan boleh dimampatkan jadi bata,” katanya.

Menurut Zuraida, kaedah penukaran sisa kepada produk ini membolehkan ia dijual, sekaligus meningkatkan pendapatan dan menguntungkan kira-kira 300,000 pekebun kecil.

“Ia juga membuatkan kawasan perkebunan jadi lebih bersih, tersusun dan teratur, kerana semua sisa atau sampah dapat dimanfaatkan,” katanya. – PPI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: