Berita | Strategi korporat untuk jimat pembelanjaan, selesai masalah KPPK

KUALA LUMPUR, 6 SEPT : Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) akan memfokuskan strategi korporat untuk menjimatkan pembelanjaan, di samping memberdayakan lagi sektor perladangan dan komoditi negara.

Menterinya, Datuk Zuraida Kamaruddin dalam satu kenyataan hari ini berkata, strategi ini akan mampu menyelesaikan beberapa isu yang melanda sektor perladangan kini.

Antaranya adalah meningkatkan nilai produk komoditi hiliran dan menyelesaikan kempen anti-komoditi, terutama di kalangan EU dan Amerika Syarikat.

“Saya juga akan melaksanakan strategi korporat untuk memberdayakan ekonomi jangka-masa panjang dengan mengambil kira kesan-kesan terhadap alam sekitar dan nilai hak asasi manusia,” katanya.

Zuraida berkata, beliau akan membuat perubahan yang perlu untuk membantu meningkatkan pendapatan dalam sektor komoditi, seiring maklumbalas dari pihak berkepentingan dalam industri berkenaan.

“Selain itu, saya juga akan memantau masalah kekurangan tenaga kerja dan kadar vaksinasi untuk semua pekerja yang terlibat dalam industri perladangan,” katanya. – PPI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: