Buah Fikir | Polisi “Circular Economy” KPPK Satu Tindakan Tepat

Baru-baru ini Menteri Perusahaan Perladangan & Komoditi (KPPK), YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin telah mengumumkan bahawa kementeriannya akan memberikan fokus kepada “circular economy” dengan penumpuan kearah pengeluaran produk serta kitar semula sisa komoditi untuk dijadikan produk yang boleh dipasarkan semula.

Konsep ekonomi sirkular ini bukanlah satu perkara yang baharu di luar negara, tetapi ianya tidak banyak dibincangkan atau dilaksanakan di Malaysia dengan secara lebih mendalam.

Sebagai antara sektor terpenting yang menyumbang kepada lebih RM 100 billion kepada KDNK negara, sektor perladangan dan komoditi ini perlu diberi perhatian yang serius bagi memastikan pendapatan negara dapat lagi dipertingkatkan, terutamanya dalam senario ekonomi dunia yang tidak menentu.

Oleh yang demikian cadangan daripada Menteri KPPK ini merupakan satu nafas baharu dalam memperkasakan produk komoditi dengan mengurangkan kadar sisa dan meningkatkan pendapatan dengan penghasilan produk baharu yang boleh dipasarkan.

Kaedah ini juga berupaya untuk mewujudkan ekosistem perusahaan yang mampan, terutamanya dalam cabaran ekonomi yang sedang dihadapi oleh dunia pada ketika ini.

Sistem ekonomi sirkular ini akan berupaya untuk mengatasi cabaran global seperti perubahan iklim, kehilangan biodiversiti, pengeluaran sisa pepejal dan juga pencemaran alam sekitar.

Dalam bidang pertanian atau perladangan, negara seperti Belanda sudahpun menetapkan sasaran untuk melaksanakan ekonomi sirkular secara sepenuhnya pada tahun 2050.

Ini juga berkadaran dengan pelan mereka untuk mewujudkan sektor perladangan yang mampan dan kuat (sustainable and strong agriculture) seawall tahun 2030.

Malah di Belanda, undang-undang dan peraturan perladangan baharu juga telah diwujudkan bagi memastikan rancangan mereka untuk mencapai ekosistem pertanian dan perladangan mampan dapat dicapai dengan kadar segera.

Antara peraturan yang sedang dilaksanakan di sana adalah untuk menggunakan sepenuhnya air domestik terpakai, mengurangkan penggunaan baja kimia sintetik, menyediakan tanda aras yang seragam untuk mengukur kualiti tanah pertanian dan melaksanakan pengurusan ladang yang mesra alam sekitar (nature-inclusive management) bagi memastikan impak paling rendah sektor perladangan terhadap ekosistem semula jadi.

Apabila konsep ekonomi sirkular ini diimplementasikan di Malaysia nanti, kita yakin, ia bukan sahaja akan meningkatkan keupayaan ekonomi sektor perladangan nasional, tetapi juga akan berupaya meningkatkat imej produk pertanian negara di mata dunia.

Pada ketika negara sedang berhadapan dengan persepsi negatif akibat diskriminasi terancang yang ditunjukkan oleh sebahagian negara luar, khususnya sikap Kesatuan Eropah (EU) terhadap produk sawit kita, Malaysia perlu bangkit untuk membuktikan bahawa kita komited untuk terus memasarkan produk-produk berkualiti ke pasaran dunia, tanpa meminggirkan pengurusan pertanian baik dan mesra terhadap pemuliharaan alam sekitar.

YB Datuk Hajah Zuraida yang sebelum ini telah mengemudi Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT) dilihat adalah pemimpin paling sesuai untuk melaksanakan agenda ini bagi meningkatkan keupayaan sektor perladangan dan komoditi negara.

Beliau yang sebelum ini amat aktif dalam usaha memajukan teknologi kitar semula dengan melaksanakan program-program baharu, dijangka akan dapat meningkatkan lagi keupayaan KPPK dalam meneruskan agenda ekonomi sirkular bagi pembangunan mampan yang amat diperlukan oleh sektor ini.

Melihat track record yang ditunjukkan beliau sebelum ini, kita turut menjangkakan sasaran 100 hari yang telah ditetapkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan tercapai, yang mana penyesuaian pentadbiran perlu dilaksanakan mengikut keadaan semasa, tatkala negara masih lagi sedang berhadapan dengan ancaman Covid-19. – SUARA.TV

Oleh Ahmad Soffian Bin Mohd Shariff

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: