Arab Saudi cadang mekanisme baharu visa umrah

Riyadh: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bercadang melaksanakan mekanismne baharu untuk pembelian pakej umrah dan mengeluarkan visa masuk bagi mereka yang datang dari luar negara. Saudi Gazette melaporkan, mekanisme itu membolehkan setiap calon jemaah asing mendapat visa umrah tunggal yang dikeluarkan secara dalam talian.

Di bawah mekanisme pertama, visa umrah akan dikeluarkan melalui pengendali atau majikan untuk 25 orang atau lebih jemaah haji. la akan dilakukan selepas menandatangani kontrak antara penyedia perkhidmatan umrah antara kerajaan dan ejen pelancongan berlesen mereka di negara masing-masing.

Mekanisme kedua adalah berdasarkan urus niaga antara pengendali dan pelanggan di mana seorang jemaah haji atau sekumpulan kecil jemaah dengan jumlah maksimum sembilan orang dapat masuk terus ke negara ini untuk menunaikan umrah.

Mereka boleh berbuat demikian dengan memilih program umrah yang diperlukan melalui portal dalam talian yang diluluskan, menurut laporan Al-Arabiya.

Sumber : Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: