KPDNHEP pastikan peniaga patuh, jual kit RTK ikut harga siling

Kota Bharu: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan memeriksa 204 premis perniagaan di seluruh negeri itu yang menjual Kit Ujian Pantas (RTK) Antigen Covid-19.

Pengarahnya Adnan Abd Rahman berkata, sehingga semalam tidak ada peniaga dan pengusaha farmasi yang didapati menjual kit ujian kendiri itu pada harga tidak munasabah. Katanya, golongan berkenaan diberi tempoh seminggu sehingga Ahad ini untuk membuat penyelarasan supaya mengikut harga siling yang ditetapkan iaitu RM19.90 bagi harga runcit maksimum dan RM16.00 untuk harga maksimum borong.

“Mana-mana pihak yang melakukan kesalahan boleh diambil tindakan mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011, katanya yang ditemui selepas menyertai Ops Samar bagi pemeriksaan penjualan RTK Antigen Covid-19 di sini, hari ini.

Terdahulu, dalam operasi itu, KPDNHEP Kelantan mengenakan kompaun kepada sebuah premis pakaian yang tidak menyediakan mesin pengimbas suhu badan.

Adnan berkata, Ops Samar membolehkan pihaknya memantau aktiviti perniagaan menggunakan kaedah penyamaran sebagai orang awam bagi memastikan semua pihak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Fasa Dua Pelan Pembangunan Negara (PPN).

“Sejak pandemik Covid-19, sebanyak 63 kompaun dengan nilai RM360,000 dikeluarkan membabitkan pemeriksaan ke atas 19,022 premis di seluruh negeri, katanya.

Orang ramai yang mempunyai aduan boleh menyalurkan emel kepada e-aduan@kpdnhep.gov.my atau hubungi talian 1 800 886 800 atau cawangan KPDNHEP setiap daerah.

Sumber : Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: