Krisis Aminuddin-PKR N.Sembilan: ‘Kami serah pada Anwar selesaikan,’ kata ADUN

PETALING JAYA: ADUN Ampangan, Rafie Abdul Malek yang dikaitkan dengan kenyataan hilang kepercayaan terhadap Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Negeri Sembilan Aminuddin Harun, mengakui berlaku krisis dalaman kepimpinan parti negeri itu dan menyerahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan Anwar lbrahim selaku presiden parti untuk menamatkan kemelut berkenaan. “Kita serah pada presiden yang menilai, saya tahu presiden akur dan faham masalah yang ada, dan presiden akan buat keputusan.

Saya terima hakikat memang ada masalah tetapi bagaimana nak selesaikan masalah yang berbangkit. “Saya yakin bila ada pemimpin (Anwar) yang dipusatkan, isu ini dapat diselesaikan dengan baik kerana walaupun berlaku perbezaan pendapat, pemimpin utama masih sama,” katanya kepada FMT.

Bagaimanapun, Timbalan Ketua Cabang Seremban itu menegaskan, kemelut politik yang melanda negeri itu hanya membabitkan dalaman PKR, dan sama sekali tidak menyentuh mengenai pentadbiran kerajaan negeri.

“Kalau nak sentuh kerajaan negeri dari awal maknanya nak tumbangkan Aminuddin, kita boleh buat usaha itu tetapi tidak, kita tidak buat dan jelas tidak ada usaha dan undi percaya dibuat dalam sidang DUN terhadap beliau.

Jelas, ini adalah masalah dalam parti dan kelemahan dalaman parti itu tafsiran pelbagai orang. Namun sebahagian besar kata ia lemah, jadi macam mana ita nak tengok atau perbetulkan keadaan” katanya yang menyifatkan krisis dalaman itu sebagai lumrah dalam sesuatu organisasi politik.

Bagaimanapun, Rafie yang juga EXCO Pelaburan, Industri, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan negeri mendedahkan ketidakpuashatian ketika ini berpusat kepada kedudukan Aminuddin sebagai Pengerusi PKR negeri, kerana gagal mengukuhkan akar umbi menjelang Pilihan Raya Umum ke -15 (PRU15) akan datang.

“Saya lihat ketidakpuashatian berpusat pada kedudukan Aminuddin sebagai pengerusi PKR negeri, kerana cabang tak bergerak, mesyuarat tak buat, mereka (pihak yang menentang) memikirkan sesuatu perlu dilakukan dan PKR harus diaktifkan semula di semua cabang. Jadi fokus sekarang adalah parti, tak sentuh langsung mengenai kerajaan negeri,” katanya.

Ahad lalu, sekumpulan kepimpinan PKR negeri diketuai Ketua Penerangan, Yusof Tapar menyatakan hilang kepercayaan terhadap Aminuddin selaku Pengerusi MPN Negeri Sembilan, dan mendesak rombakan segera perlu dilakukan dalam MPN bagi memastikan parti itu kekal relevan. Mereka mendakwa Aminuddin tidak berusaha untuk merancang bagi mengukuhkan penguasaan politik Pakatan Harapan menjelang PRU15.

Sumber : FMT

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: