Pemandu lori rempuh 5 kenderaan direman 4 hari

Pemandu lori yang merempuh lima kenderaan dalam kemalangan jalan raya di Jalan Ipoh di Kuala Lumpur semalam, direman empat hari.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur ACP Sarifudin Mohd Salleh dalam kenyataan hari ini berkata reman terhadap lelaki berusia 25 tahun itu bermula hari ini.

Sarifudin berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 44 (1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Semalam, pemandu lori yang positif dadah itu ditahan selepas kenderaan dipandunya merempuh dua kereta Perodua Myvi serta Proton X70, Honda HRV dan Peugeot 208 FL pada 2.40 petang.

Dalam kejadian itu, seorang pemandu Perodua Myvi berusia 45 tahun turut terperangkap dalam keretanya dan berjaya dikeluarkan oleh orang ramai yang berada di lokasi kejadian.

Sumber : Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: