Berita | Vaksinasi ‘walk-in’ di Lembah Klang dihenti selepas 15 Sept, kata Adham
PUTRAJAYA: Pemberian vaksin secara ‘walk-in’ atau jumpa terus di pusat pemberian vaksin (PPV) akan dihentikan selepas 15 September, kata Menteri Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Dr Adham Baba.
Beliau berkata langkah itu diambil atas faktor kadar penduduk di Lembah Klang yang belum divaksin dan kehadiran ke pusat pemberian vaksin (PPV) sangat rendah.
“Saya ingin mengumumkan program vaksinasi secara ‘walk-in’ di Lembah Klang dihentikan selepas 15 September,” katanya dalam satu majlis serah tugas Pasukan Petugas Khas Covid-19 (CITF) bersama Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin di Kompleks F, Pusat Pentadbiran kerajaan Persekutuan, Putrajaya.
Oleh Mohamad Fadli
kredit foto: HarakahDaily