Rencana | Di mana pun, agenda perkasakan wanita tetap terus!

Bukan sedikit perjuangan wanita dalam usaha membentuk bangsanya. Sejarah jadi bukti. Pada 1909, berlaku satu gerakan mengenai hak wanita untuk mengundi di pilihan raya kawasan Amerika Utara.

Kaum wanita di sana sedar mereka juga punya peranan untuk membuat keputusan dan menentukan sendiri nasib anak bangsanya.

Mengikut sejarah Amerika, selepas perang dunia kedua, kesedaran kaum perempuan untuk memperkasa keupayaannya meningkat akibat lebih 6 juta wanita harus bekerja pelbagai sektor yang sebelum ini didominasi lelaki.

Emansipasi wanita dalam pembangunan tidak hanya berlaku di Amerika, malahan turut berlaku secara global.

Namun, penglibatan wanita pada sektor ekonomi di Malaysia masih lagi menunjukkan jurang antara lelaki dan perempuan – perbezaan dengan hanya 55.2% peluang dan penyertaan bagi perempuan berbanding 80.4% untuk lelaki.

Jurang gender ini secara tidak langsung memaparkan ketidaksaksamaan pada Indeks Jurang Gender Malaysia iaitu kiraan skor 0.711. Negara memerlukan skor 1.0 untuk menyeimbangkan jurang tersebut.

Menyedari ketimpangan sosial ini, Zuraida Kamaruddin dalam Forum Urban Malaysia mengumumkan untuk melantik sebanyak 30 peratus wanita sebagai pengarah, ahli lembaga pengarah dan pegawai eksekutif untuk agensi-agensi dalam Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

Katanya, lebih ramai wanita perlu memegang jawatan sebagai pembuat keputusan untuk menangani isu melibatkan ketidaksamaan gender, terutama di kawasan bandar.

Pengumuman ini bukan omong kosong. Sebelum ini beliau telah buktikan di KPKT apabila 30 peratus wanita dilantik memegang jawatan strategik.

Sebagai penyokong gerakan pemerkasaan wanita, saya menyokong dan berbangga kerana Malaysia mempunyai seorang Zuraida Kamaruddin. Di mana pun dia, agenda perkasakan wanita tetap terus! – PPI

oleh Aman Ahmad

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: