Berita | Kerajaan setuju sekat lompat parti, had penggal PM

PETALING JAYA: Kerajaan bersetuju melaksanakan transformasi Parlimen dan pentadbiran kerajaan meliputi tujuh perkara yang antaranya membabitkan Rang Undang-undang Anti Lompat Parti dan menghadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun sahaja.

Lima transformasi dipersetujui adalah pelaksanaan Undi18, keseimbangan keanggotaan dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen, Rang Undang-undang termasuk Perbekalan akan dirunding dan dipersetujui secara bersama.

Transformasi lain merangkumi ahli pembangkang akan dibabit dalam Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan Ketua Pembangkang diberi saraan serta kemudahan setara dengan menteri.

Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, berkata mesyuarat Jemaah Menteri hari ini komited melaksanakan transformasi Parlimen dan pentadbiran kerajaan untuk mengembalikan kestabilan politik demi menangani wabak Covid-19 dan memulihkan ekonomi negara.

“Ini selaras dengan titah nasihat Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Raja-Raja Melayu tentang peri pentingnya sebuah pentadbiran yang stabil dan dapat berfungsi secara biasa dalam keadaan negara menghadapi pelbagai krisis.

“Kerajaan berpandangan fokus dan keutamaan yang perlu diberikan oleh semua pihak ketika ini adalah terhadap kestabilan politik dan pentadbiran negara dalam memerangi Covid-19 serta pemulihan ekonomi,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, tawaran transformasi itu juga bertujuan mewujudkan landskap politik baharu dengan melaksanakan transformasi dan pembaharuan dalam tatakelola pentadbiran kerajaan khususnya memperkasakan peranan institusi Parlimen.

“Pada masa sama, kerajaan komited untuk memperkenalkan lebih banyak transformasi dari semasa ke semasa,” katanya.

Ismail berkata, transformasi kerajaan ini memaktubkan nilai murni dan muafakat merentasi pelbagai latar agama, kaum, dan budaya dalam konteks Keluarga Malaysia.

“Ini juga selaras dengan semangat untuk terus menjunjung Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi yang menjadi teras kehidupan bermasyarakat dan bernegara,” katanya. – FMT

kredit foto: MYKMU

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: