Berita | Penggunaan ICU rawat Covid-19 masih tinggi

PETALING JAYA: Penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) kekal tinggi iaitu 78.4% dengan Kedah, Pulau Pinang, dan Perak merekodkan penggunaan tertinggi, masing-masing 111.6%, 98.2%, dan 94%.

Dalam dapatan di laman web, turut memaparkan tiga negeri, iaitu Johor, Selangor dan Pahang, masing-masing merekodkan kadar penggunaan katil ICU melebihi 80%.

Sabah, Terengganu, Lembah Klang (merangkumi Selangor dan Kuala Lumpur), Melaka dan Perlis, pula mencatatkan penggunaan katil ICU melebihi 70%, manakala Sarawak, Kelantan, Kuala Lumpur, merekodkan lebih 60% dan Negeri Sembilan pada kadar 57.3%.

Putrajaya merekodkan kadar penggunaan 38.5%, manakala Labuan paling rendah iaitu 8.7%.

Bagi data kemasukan ke hospital untuk rawatan pesakit Covid-19, seluruh negara merekodkan penggunaan katil sebanyak 72.7%.

Tiga negeri seperti Johor, Perlis, Kedah, Terengganu, Perak, Melaka dan Kelantan merekodkan kadar kemasukan tertinggi membabitkan lingkungan hampir 80% hingga 94.5%.

Johor pada kadar 94.5%, Perlis (92.8%), Kedah (90.4%), Terengganu (85%), Melaka (83%), dan Kelantan (79.7%).

Sabah, Pulau Pinang, Labuan, dan Sarawak merekodkan kadar penggunaan katil melebihi 70%, manakala Pahang, dan Selangor, lebih 60%, Putrajaya dan Lembah Klang (lebih 50%), dan Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur lebih 40%.

Bagi kes jangkitan membabitkan 1,000 penduduk dalam tempoh dua minggu lalu, Pulau Pinang mencatatkan jumlah tertinggi 14.3, Sarawak (13.8), Kedah (11.2), Kelantan (9.8), Sabah (8.5) dan Selangor (8.2).

Penggunaan ventilator di seluruh negara kini berada pada 37.5% dengan Perlis adalah tertinggi dengan 62.1%, Pulau Pinang (59.1%), Pahang (58.8%), Kedah (54.4%), Sabah (47.2%), Perak (45.7%), Melaka (45.5%), dan Terengganu (44.9%).

Negeri lain seperti Johor, Negeri Sembilan, Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor, Sarawak, dan Kelantan pada lingkungan 21.9% hingga 39.5%, manakala Labuan paling rendah pada kadar 8.7% sahaja. – FMT

credit photo: Reuters

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: