Berita | 72% populasi dewasa lengkap divaksin setakat semalam

PETALING JAYA: Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) semalam merekodkan 72% atau 16,856,812 individu daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan suntikan vaksin.

JKJAV menerusi perkongsian infografik di laman Twitter rasminya hari ini memaklumkan, 38,001,646 dos vaksin Covid-19 telah diberikan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), termasuk vaksin dos tunggal dan dua dos.

Menurut JKJAV, 21,195,778 individu di negara ini telah menerima sekurang-kurangnya satu dos, termasuk penerima vaksin dos tunggal CanSino.

Sementara itu, vaksinasi harian semalam merekodkan sebanyak 287,059 dos dengan 111,027 daripadanya merupakan dos pertama daripada vaksin dua dos manakala 176,032 adalah dos lengkap.

PICK dilancarkan pada 24 Feb lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara. – FMT

kredit foto: REUTERS

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: