Berita | Masjid Putra mohon maaf isu video layanan jemaah VIP

PUTRAJAYA: Pihak Masjid Putra Putrajaya memohon maaf atas kekhilafan dalam isu video tular kononnya mereka memberikan layanan berbeza kepada jemaah yang hadir untuk solat Jumaat semalam.

Masjid Putra dalam kenyataan hari ini memaklumkan, jumlah jemaah dibenarkan bagi solat Jumaat ketika Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 2 adalah seramai 300 orang.

Kehadiran jemaah solat fardu dan Jumaat di Masjid Putra, di sini adalah mengikut garis panduan dan ketetapan prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Katanya, daripada jumlah itu pihak masjid turut memperuntukkan sejumlah kuota kepada jemaah tetap yang sudah mendaftar lebih awal serta menetapkan masa untuk hadir ke masjid bagi memudahkan pihak pengurusan memastikan jumlah kuota ditetapkan.

“Pada setiap minggu pihak masjid menerima jumlah jemaah yang ramai bermula jam 11 pagi untuk menunaikan solat Jumaat.

“Apabila kapasiti mencukupi, pihak pengurusan masjid akan menutup pintu pagar utama, menyebabkan ramai jemaah tidak dapat masuk menunaikan solat,” katanya.

Kenyataan dikeluarkan Masjid Putra itu merujuk kepada video yang tular di media sosial semalam apabila jemaah tidak dibenarkan menunaikan solat Jumaat selepas pihak pengurusan menutup pintu pagar utama.

Dalam video berdurasi 57 saat itu, sebahagian jemaah dilihat beratur sambil membawa sejadah dan apabila orang kenamaan datang dengan menaiki kenderaan mewah, pintu pagar utama dibuka untuk mereka.

Kenyataan itu turut menjelaskan jika berlaku kejadian seperti itu, pihak masjid akan menasihati dan memberi penerangan secara baik kepada jemaah.

Katanya, bagi memelihara keharmonian institusi masjid, pihak pentadbiran itu akan berusaha menyediakan perkhidmatan terbaik kepada jemaah terdiri daripada pelbagai kedudukan.

“Kami sedia mempertingkat perkhidmatan dan kualiti demi memastikan jemaah berpuas hati dengan perkhidmatan disediakan serta mengalu-alukan sebarang cadangan yang boleh disalurkan terus kepada pihak pengurusan Masjid Putra,” katanya. – BH Online

oleh Samadi Ahmad

kredit foto: NSTP

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: