Berita | Singapura tak kerah jet F-16 pintas helikopter PDRM, kata polis

PETALING JAYA: Bukit Aman menafikan laporan Singapura mengerahkan dua jet pejuang F-16 untuk memintas sebuah helikopter Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang didakwa memasuki ruang udara republik itu.

Terdahulu, portal berita The Vibes memetik catatan media sosial sebagai berkata, sebuah helikopter AgustaWestland AW139, dengan “call sign” 9M-PMD, yang dalam perjalanan ke Pengerang, terbang melintasi Pulau Tekong, lokasi latihan ketenteraan dan khidmat negara Singapura diadakan.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Hazani Ghazali berkata, tiada makluman daripada Singapura mengenai pencerobohan tersebut.

“Sepanjang penugasan di atas, tiada F-16 dikerahkan seperti yang diviralkan dan tiada makluman dari Singapura mengenai helikopter polis memasuki ruang udara Singapura,” katanya kepada FMT.

Helikopter itu dikatakan berlepas dari sebuah padang di seberang Jalan Yahya Aldatar, Johor Bahru, kira-kira 1 pagi tadi.

The Vibes turut memetik maklumat dari laman mengesan penerbangan FlightRadar24 yang menunjukkan sebuah pesawat tanpa “call sign” muncul di ruang udara lapangan terbang Changi, ketika helikopter Malaysia memasuki ruang udara Pulau Tekong. – FMT

oleh Imran Ariff

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: