Berita | Kos makanan ternakan punca harga ayam naik

KUANTAN – Peningkatan kos makanan ayam seperti jagung dan kacang soya di peringkat pengeluaran makanan itu menjadi punca kenaikan harga ayam secara mendadak.

Pengarah Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pahang, Datuk Mark Ujin berkata, perkara itu dikesan selepas menjalankan pemeriksaan di bawah Ops Catut 8.0 Rantaian Pembekal Ayam Rabu lalu.

Menurutnya, notis di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan dikeluarkan kepada pemborong dan pembekal ayam membabitkan 11 premis di daerah ini.

“Hasil pemeriksaan dan analisis data awal mendapati kenaikan harga sebanyak 33 peratus untuk 50 kilogram (kg) bagi makanan ayam pedaging dan makanan anak ayam.

“Bagi 50kg makanan ayam telur juga berlaku kenaikan harga sebanyak 31 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu,” katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Pada Sabtu, Sinar Harian melaporkan dakwaan peniaga dan pengguna berhubung kenaikan harga ayam daripada RM8 hingga RM10.70 sekilogram dalam tempoh seminggu.

Mengulas lanjut mengenai isu terbabit, Mark menjelaskan peningkatan harga ayam berlaku di peringkat peruncit, pasar awam dan gerai menjual ayam.

Katanya, ia disebabkan faktor peningkatan harga kos daripada pembekal ayam yang didakwa menerima bekalan ayam dalam lingkungan harga RM7.40 sehingga RM 8.70 bagi satu kilogram.

Beliau menambah, di peringkat pasar raya juga menunjukkan peningkatan kos bekalan ayam namun masih harga masih rendah di bawah RM9 sekilogram dengan mengecilkan margin keuntungan.

“Terdapat juga pasar aya yang tidak menaikkan harga ayam disebabkan terikat dengan harga kontrak dengan peladang,” ujarnya.

Sehubungan itu, Mark berkata, pihaknya masih meneruskan siasatan bagi mengesan sama ada kenaikan berkenaan disebabkan pencatutan di peringkat pengeluaran atau pengedaran ayam di pasaran. – SINAR HARIAN

oleh Norawazni Yusof

kredit foto: MalaysiaKini

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: