Berita | ‘Penularan Covid-19 dalam komuniti Pulau Pinang sangat kritikal’

GEORGETOWN – DAP menyambut baik pelantikan Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong sebagai penyelaras Covid-19 antara kerajaan negeri Pulau Pinang dan kerajaan Pusat seperti yang diumumkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, pelantikan itu diperlukan untuk mencari usaha bersama bagi mematahkan kenaikan kes Covid-19 sehingga menyebabkan Pulau Pinang mencatat antara jangkitan, kematian, penggunaan katil unit rawatan rapi (ICU) dan ventilator per kapita tertinggi di Malaysia.

Sejak sekian lama, katanya, Pulau Pinang gagal menyelesaikan atau mengatasi peningkatan jumlah jangkitan dan kematian.

“Walaupun barisan hadapan melakukan pekerjaan luar biasa tetapi tidak dapat mengatasi kemarahan rakyat yang semakin meningkat kerana sumber dan tenaga kerja tidak mencukupi.

“Rasa tidak puas hati rakyat juga secara tidak adil merebak kepada kerajaan negeri Pulau Pinang, khususnya Exco Kesihatan negeri kerana dilihat tidak berdaya melakukan sesuatu ketika rakyat menderita dan meninggal dunia tanpa mendapat sebarang bantuan daripada Pusat Penilaian Covid-19 (CAC), tidak ada jawapan untuk talian telefon hotline, tidak ada ambulans yang tiba ketika dipanggil dan bilangan katil ICU tidak mencukupi,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, penyebaran Covid-19 dalam komuniti sangat kritikal terutama dengan kepadatan penduduk Pulau Pinang yang tinggal di persekitaran tertutup.

Beliau bagaimanapun memuji Khairy dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow kerana menyedari betapa seriusnya keadaan pandemik itu di negeri ini, seterusnya menerima cadangannya untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan melantik Steven sebagai Penyelaras Covid-19.

Dengan pelantikan ini, katanya, ia membolehkan kerajaan negeri dan kerajaan Pusat bersama-sama menang dalam pertempuran melawan Covid-19.

“Steven telah menggariskan enam perkara yang ingin difokuskan, antaranya menambah kapasiti sistem penjagaan kesihatan dan mengurangkan masa respons bagi pesakit Covid-19 untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan.

“Selain itu, beliau akan melakukan penilaian dan penguatkuasaan risiko yang lebih cekap terutama di kilang-kilang; memastikan bekalan vaksin yang stabil agar 100 peratus penduduk dewasa Pulau Pinang diberi vaksin lengkap bulan depan dan memastikan penjagaan kesihatan bagi mereka yang berada di bawah kuarantin rumah untuk mengurangkan jumlah kes kematian ‘Brought-In-Dead’; serta lebih ketelusan dalam statistik harian Covid-19 di negeri ini,” katanya.

Tambah beliau, Steven mempunyai tugas yang besar untuk melakukan perubahan terhadap keadaan sekarang.

“Dengan sokongan baik daripada Khairy dan Kon Yeow serta memanfaatkan kepakaran profesional sektor perubatan swasta, perubahan dalam cara mengurus Covid-19 mungkin berjaya.” kata beliau. – SINAR HARIAN

oleh Mohd Iskandar Othman

kredit foto: Harakah Daily

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: