Berita | Keputusan Mahkamah Tinggi disambut baik, beri hak ibu setara bapa

PUTRAJAYA, 13 SEPT : Keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan kewarganegaraan automatik kepada kanak-kanak dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia yang berkahwin dengan warga asing mestilah disambut baik kerana memberi rahmat kepada kaum wanita.

Pengasas Majlis Pimpinan Politik Wanita Malaysia (COMWEL), Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, keputusan mahkamah itu memberi hak sama rata golongan ibu dan bapa, seperti diterima di peringkat universal dan mengikut nilai-nilai masyarakat antarabangsa.

Katanya, keputusan ini tidak melibatkan sebarang perubahan dasar kerana ia tidak bercanggah dan masih memelihara keluhuran Perlembagaan Persekutuan.

“Walau bagaimanapun, Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Pendaftaran Negara perlu segera menginstitusikan dan melaksanakan keputusan tersebut dengan merangka prosedur permohonan kewarganegaraan selaras dengan keputusan ini.

“Saya berharap dengan pelaksanaan perintah ini, usaha kaum wanita Malaysia yang sedang memohon kewarganegaraan untuk anak-anak mereka dipermudahkan,” katanya dalam satu kenyataan pada 10 September lalu.

Zuraida yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi memang selama ini dilihat sebagai antara pemimpin politik yang cekal dan komited dalam memperjuangkan hak wanita Malaysia, melangkaui kaum dan agama.

Beliau hari ini turut mencadangkan agar 20 transformasi parlimen yang dikemukakan Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan perlu melibatkan sekurang-kurangnya 30 peratus wanita sebagai pembuat keputusan dan penggubal dasar. – PPI

kredit foto: Pa&Ma

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: