Berita | MPN bincang pembukaan sektor pendidikan, pastikan teratur dan selamat, kata Muhyiddin

Majlis Pemulihan Negara (MPN) akan membincangkan pembukaan sekolah dan institusi pengajian tinggi secara teratur dan selamat dalam mesyuarat minggu depan, kata Muhyiddin Yassin.

“Saya berkesempatan beramah mesra dengan para pengunjung termasuk anak-anak kecil yang sudah mula menikmati cuti sekolah mereka.

“Saya akan mempengerusikan mesyuarat MPN pada Isnin depan dan akan memberi fokus kepada pembukaan sekolah dan institusi pengajian tinggi secara teratur dan selamat,” kata pengerusi MPN itu dalam satu hantaran Facebook selepas berkunjung ke sebuah pasar raya di Setiawangsa hari ini untuk melihat pembukaan sektor ekonomi di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Menurut Muhyiddin, tindakan kerajaan untuk menubuhkan Pasukan Bertindak Khas Lembah Klang ataupun Greater Klang Valley Special Taskforce berjaya mengawal penularan Covid-19 dan memperkukuhkan kesiapsiagaan sistem kesihatan.

“Dalam kunjungan saya ke kompleks beli-belah ini, para peniaga berkongsi situasi ‘on the ground’ setelah mula beroperasi semula.

“Saya ingin mendengar sendiri daripada mulut peniaga tentang pengalaman dan rintihan mereka dalam berhadapan cabaran mencari rezeki ketika musim pandemik,” katanya.

Menurut Muhyiddin, angka dan data yang dikumpul tidak akan lengkap jika pemimpin tidak mendengar sendiri suara dan aduan rakyat.

“Seperti mana yang kita sedia maklum, kerajaan membelanjakan lebih RM 25 billion untuk bantuan tunai kepada rakyat yang memanfaatkan lebih 10.6 juta orang rakyat Malaysia,” katanya.

Pada 4 September, bekas perdana menteri itu dilantik sebagai pengerusi MPN bertaraf menteri.

Beliau berikrar untuk membantu Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob tanpa sebarang imbuhan di atas lantikan sebagai pengerusi MPN bagi meneruskan usaha memulihkan negara daripada impak pandemik Covid-19.

Ketika masih berkhidmat sebagai perdana menteri, Muhyiddin turut mempengerusikan MPN.

Beliau mempengerusikan MPN sehingga hari peletakan jawatan pada 16 Ogos berikutan kehilangan sokongan majoriti di Dewan Rakyat apabila lebih sepuluh ahli Dewan Rakyat Umno diketuai bekas perdana menteri Najib Razak dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menarik sokongan terhadap beliau. – MALAYSIA NOW

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: