Berita | RM7.7 bilion modal pelabur asing, pemulihan ekonomi semakin cerah

KUALA LUMPUR – Sejumlah RM7.7 bilion telah dicatatkan dari segi aliran masuk modal pelabur asing pada bulan Ogos yang merupakan nilai tertinggi sejak Jun 2020.

Justeru, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan memaklumkan, Malaysia mencatatkan petanda prospek pemulihan ekonomi yang semakin cerah.

“Aliran masuk bersih modal pelabur asing yang didorong oleh kemajuan positif Pelan Pemulihan Negara (PPN) menetapkan nada dan hala tuju pemulihan ekonomi Malaysia yang lebih kukuh untuk suku keempat 2021.

“Selain itu, pelabur asing telah menjadi pembeli utama dengan pelaburan bersih di pasaran bon Ringgit sejumlah RM6.6 bilion (Julai 2021),” kata Ismail Sabri menerusi kenyataan di Facebook.

Tambah Ahli Parlimen Bera itu lagi, ini merupakan bukti keyakinan pelabur dan pengurus dana terhadap prospek pertumbuhan negara, serta kesinambungan dasar-dasar kerajaan.

Setakat Ogos 2021, pegangan pelabur asing bagi bon kerajaan Malaysia meningkat sebanyak RM23.9 bilion kepada RM226.1 bilion.

Kerajaan menjangkakan bahawa momentum pemulihan pada suku keempat 2021 ini akan diteruskan pada tahun hadapan di mana faktor kepada pertumbuhan negara akan memanfaatkan pertumbuhan KDNK 2022 Malaysia.

Ismail Sabri turut menyeru orang ramai supaya bersama-sama memantapkan lagi Pelan Pemulihan Negara yang telah menambah baik situasi keseluruhan kesihatan awam, serta pemulihan pembukaan sektor ekonomi secara beransur-ansur dengan adanya Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK). – AWANI

kredit foto: Lim Huey Teng/Reuters

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: