Berita | TMJ bukan hadiah Ford GT kepada Azizulhasni

KUALA LUMPUR: Bukan kereta ‘supercar’ Ford GT yang dikurniakan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim kepada jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang dalam satu pertemuan antara mereka, baru-baru ini.

Sumber yang rapat dengan Azizulhasni mengesahkan TMJ ada memberi imbuhan atas kejayaan jaguh lumba basikal itu memenangi pingat perak di pentas Sukan Olimpik Tokyo 2020 tetapi ia bukan kereta seperti yang tular.

Selain itu, katanya, pemilik pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) berkenaan turut memberi cenderahati berbentuk jersi dan mafla Harimau Selatan.

“Tidak… bukan kereta. Ada imbuhan tetapi jumlahnya tidak diketahui. Beliau (Azizulhasni) turut menerima cenderahati berbentuk jersi dan mafla JDT… itu saja,” kata sumber itu.

Semalam, BH Sukan melaporkan terdapat tanda tanya berkisar dalam kalangan peminat sukan tanah air dengan antaranya menganggap TMJ menghadiahkan kereta ‘supercar’ Ford GT kepada Azizulhasni.

Andaian itu dibuat sesetengah pihak dengan hanya melihat Azizulhasni yang dikenali senagai ‘The Pocket Rocketman’ bergambar bersama kereta Ford GT milik TMJ.

Berdasarkan status di Facebook HRH Crown Prince of Johor, Selasa lalu juga tidak mendedahkan apa bentuk ganjaran peribadi yang dikurniakan oleh TMJ atas pencapaian Azizulhasni pada temasya berprestij itu.

Azizulhasni dalam hantaran di Facebook miliknya pada hari yang sama hanya berterima kasih atas kurniaan ganjaran peribadi daripada TMJ dan turut tidak mendedahkan mengenai hadiah yang diterimanya.

“Menjunjung kasih Tunku diatas hadiah peribadi daripada Tunku kepada patik. Patik akan ingat sampai bila-bila. Semoga Allah murahkan rezeki dan merahmati Tunku serta seluruh kerajaan Tunku,” tulis Azizulhasni. – BH ONLINE

oleh Sukhairi Thani

kredit foto: IG Tunku Ismail

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: