Buahfikir | Betul ke awak buat apa yang rakyat nak?

Tinjauan bebas Ilham Centre menarik perhatian saya. Kata Pengarahnya, Hisommudin Bakar – pengundi Melayu mengutamakan kelangsungan hidup berbanding reformasi institusi.

Bahasa lainnya, rakyat lebih mengutamakan kelangsungan hidup seharian dalam konteks ekonomi dan pendidikan berbanding agenda reformasi institusi Parlimen, kerajaan, pentadbiran, kehakiman, media, pilihan raya dan lain-lain. Kata Hisommudin, tema ini terlalu jauh dari kehidupan mereka.

Dalam kajian yang dijalankan ke atas lebih 1,000 responden, 31% daripadanya berpendapat keutamaan perlu diberi kepada strategik menangani kos sara hidup manakala 29% setuju fokus perhatian perlu diberikan untuk memulihkan ekonomi.

Tambah Pengarah Ilham Centre itu lagi, mana-mana pihak yang mahu menjayakan agenda reformasi institusi, perlu memahami nilai, budaya, bahasa, norma, demografi dan psikografi bagi menguruskan sentimen, mendapatkan kepercayaan dan sokongan orang Melayu.

Kalau ikutkan dapatan kajian, rakyat jelas negara perlu fokus agenda memulihkan ekonomi dan kelangsungan hidup. Caranya pun rakyat jelas – memerangi Covid-19 dan bangunkan semula ekonomi yang telah terencat.

Jadi persoalannya, siapa yang tak jelas dengan kehendak rakyat ini?

Pada April 2021, ketika Covid-19 mencatat lebih 2,000 kes, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO memutuskan untuk mendesak dan mengesyorkan kepada kerajaan agar Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) kembali bersidang.

Setiausaha Agung UMNO, Ahmad Maslan berkata, perkara itu perlu dilaksanakan kerana ia selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong sebelum ini bahawa persidangan boleh dilakukan sewaktu Darurat.

Alasan paling canggih yang boleh diberi Ahmad Maslan ialah UMNO bertegas bahawa kerajaan sedia ada tidak boleh dilihat sebagai cuba memandulkan amalan demokrasi berparlimen. Ketika negara berperang dengan wabak, segelintir UMNO mengacungkan tangan ke udara mengangkat semangat demokrasi. Ahaks

Pada Jun 2021, UMNO sekali lagi mendesak kerajaan untuk memanggil sidang Parlimen dalam tempoh 14 hari. Mengangkat demokrasi sudah. Kali ini alasannya lain, lebih feudal. Presidennya, Ahmad Zahid Hamidi, berkata ia susulan pandangan dizahirkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Billah Shah dan Raja-Raja Melayu supaya sidang berkenaan diadakan secepat mungkin.

Ahmad Zahid tidak sendiri. Senada dengan Zahid ialah Anwar Ibrahim dan DAP yang menggesa supaya sidang Parlimen dibuka segera. Anwar beri kata dua kepada Muhyiddin dan kerajaan PN, sama ada memanggil sidang Parlimen atau berundur secara terhormat!

Setelah sidang Parlimen diadakan, Majlis Tertinggi UMNO mengumumkan menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin. Tentunya, dengan berbesar hati walaupun berat kerana program vaksinasi tengah rancak dijalankan, Muhyiddin meletak jawatan secara terhormat.

Langkah ini memberi laluan kepada Ismail Sabri dari UMNO naik sebagai Perdana Menteri. Sekali lagi Anwar Ibrahim jadi PM tepi. Dan tidak ada lagi desakan dari segelintir Majlis Tertinggi UMNO terhadap kerajaan semasa.

Sekarang saya mahu tanya lagi, betul ke awak buat apa yang rakyat nak? – PPI

oleh Aman Ahmad

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: