Berita | MARTA harap garis panduan STRA diumum segera

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Penginapan Kediaman Pelancongan Malaysia (MARTA) berharap Garis Panduan penginapan kediaman jangka pendek (STRA) diumumkan segera.

Pengerusinya, Suhairi Sulaiman, berkata ia bagi membolehkan pengusaha Hom2stay dapat kembali beroperasi mengikut syarat dan SOP terkini, sekali gus menyumbang kepada industri pelancongan negara.

“Lebih 60,000 pengusaha Hom2stay di seluruh negara berharap Garis Panduan STRA yang diselaraskan tiga kementerian dapat diumumkan secepat mungkin.

“Kami ingin bersama-sama melengkapi dan memacu industri pelancongan Malaysia supaya lebih dinamik dan menyumbang kepada pembangunan negara,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Garis Panduan STRA diselaraskan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan agensi berkaitan.

Suhairi berkata, MARTA turut lega dengan pembukaan gelombong pelancongan negeri seperti di Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Pulau Pinang, Sabah, Melaka dan Langkawi.

Katanya, sebagai tindakan balas, semua usahawan Hom2stay diingatkan untuk peka dengan prosedur operasi standard (SOP) dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), MOTAC dan kerajaan negeri.

Katanya, usahawan Hom2stay juga perlu memastikan penginap lengkap dua dos vaksinasi dan melepasi tempoh 14 hari selepas menerima suntikan pelalian kedua.

“Hom2stay juga harus disanitasi sebelum pendaftaran masuk dan sebaik tetamu mendaftar keluar bagi memastikan peralatan dan kelengkapan rumah dinyahkuman sebelum mengambil penginap seterusnya,” katanya.

Beliau berkata, pengusaha disaran tidak mengambil penginap secara berkumpulan bersama ahli keluarga yang datang dari rumah berbeza.

“Jika boleh, jarakkan pengambilan penginap setiap sehari supaya kita dapat membendung penularan pandemik ini. Ia termasuk menggalakkan penginap membuat bayaran secara dalam talian,” katanya.

“MARTA juga mengharapkan pelancong dan penginap Hom2stay dapat mematuhi peraturan penginapan dan SOP ditetapkan supaya industri pelancongan dapat dipulihkan dengan mengamalkan norma baharu,” katanya. – BH ONLINE

oleh Latifah Arifin

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: