Berita | Moratorium bank tanpa faedah bermula Oktober

KUALA LUMPUR, 14 SEP : Kabinet telah mengarahkan institusi perbankan memberi pengecualian bayaran faedah bagi penerima moratorium pinjaman bank dengan segera, kata Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz.

“Ini melibatkan penerima moratorium dari kumpulan 50 peratus terbawah daripada keseluruhan rakyat Malaysia untuk sepanjang tempoh tiga bulan pada suku keempat 2021,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jemaah Menteri yang bermesyuarat pada Jumaat lalu (10 September) juga bersetuju meningkatkan had siling Kumpulan Wang Covid-19 dan had statutori hutang kerajaan, kata Tengku Zafrul.

Had siling dana Covid-19 ditambah sebanyak RM45 bilion menjadi RM110 bilion, manakala had statutori hutang kerajaan dinaikkan dari 60 kepada 65 peratus.

Perubahan itu akan dilaksanakan melalui pindaan ke atas Akta Langkah-Langkah Sementara bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019), yang akan dibentangkan untuk kelulusan Dewan Rakyat pada Oktober nanti. – PPI

kredit foto: Razak Ghazali

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: