Berita | Semakin ramai penyokong bukan Islam sertai Pas Selangor

SHAH ALAM – Semakin ramai penyokong bukan Islam kini mendaftar sebagai ahli Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) di Selangor berdasarkan penerimaan kira-kira 187 borang keahlian baharunya.

Pas Selangor dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima borang keahlian baharu itu daripada Ketua DHPP negeri, Datuk K Deepakaran dengan jumlah terkini DHPP Selangor seramai 3018 ahli.

“Deepakaran menyerahkan borang keahlian baru DHPP peringkat negeri Selangor kepada Urusetia DHPP Pas Pusat di Pejabat Agung parti, di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

“Setakat 14 September, jumlah keahlian DHPP Selangor ialah seramai 3,018 keseluruhannya,” kata kenyataan itu pada Selasa.

Dalam pada itu, Pas Selangor turut memaklumkan usaha menambah seramai mungkin keahlian baharu akan diteruskan bagi menjadikan parti sebagai satu keluarga besar di negeri ini.

“Usaha ini juga membuktikan Pas menerima masyarakat bukan Islam dengan slogan ‘Pas For All’,” katanya. – SINAR HARIAN

oleh Mohd Azlim Zainury

krediti foto: FreeMalaysiaToday

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: