Berita | Bersatu dan PAS kerjasama, bantu 213 pelajar hilang ibu bapa akibat Covid-19

KLANG, 15 SEP : Seramai 213 pelajar sekolah rendah di sekitar sini yang kehilangan ibu bapa akibat jangkitan wabak Covid-19 menerima bantuan sewajarnya daripada Perikatan Nasional (PN), hari ini.

Naib Ketua Bersekutu Bersatu Bahagian Klang, Datuk Tan Seng Huat berkata, pihaknya amat terkesan dengan kesengsaraan yang dihadapi penduduk akibat Covid-19, lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan kanak-kanak yang hilang tempat bergantung.

“Pihak kita memberi sumbangan berupa bakul makanan, beg serta alat tulis dan juga bantuan kewangan daripada seorang penaja, Datuk Tan Kin San.

“Semasa penyampaian sumbangan tersebut, saya nampak jelas pelajar-pelajar yang hadir nampak amat kasihan, dan terjejas.

“Kita pun dapat rasa bagaimana kehidupan mereka selepas kehilangan kedua ibu bapa atau salah seorang penjaga,” katanya pada sidang media di Program Jalinan Kasih Kami Prihatin (Fasa 1) di Pejabat Pendidikan Daerah Klang, tadi.

Turut hadir adalah Pegawai Pendidikan Daerah Klang, Maimunah Mustaffa, Ketua Bersatu Bahagian Klang, Shahfizul Shaarani, Ketua Dewan Pemuda Pas Klang, Solihuddin Mohd Jaafar dan Ketua Dewan Muslimat Pas, Noraini Hussin.

Program Jalinan Kasih Kami Prihatin (Fasa 1) itu merupakan program julung kali antara Bersatu Bahagian Klang dan PAS Klang.

Ia turut mendapat kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Klang dan Persatuan Kebajikan Prihatin Insan Harmoni Selangor (PINAS). – PPI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: