Rencana | MyOPGP : Peneraju sawit mutu tinggi untuk pasaran global
Penubuhan Program Genom Minyak Sawit Malaysia (MyOPGP) di bawah Lembaga Sawit Malaysia (MPOB) pada tahun 2004 bertujuan untuk memastikan penghasilan minyak sawit yang bermutu tinggi melalui kajian dan pemahaman mendalam tentang genom minyak sawit.
Terdapat 3 genom minyak sawit yang diberi tumpuan kajian iaitu dura E. guineensis, pisifera E. guineensis, dan E. oleifera.
Penanaman kelapa sawit memakan ruang yang besar. Tanah yang lapang diperlukan untuk memastikan sawit yang ditanam dapat menghasilkan buah sawit yang berkualiti untuk dituai apabila mencapai seawal dua setengah tahun.
Oleh itu adalah penting untuk memastikan benit sawit Malaysia menghasilkan hasil sawit yang banyak dan berkualiti tanpa perlu memakan ruang dan tanah yang besar. Dengan benih sawit yang berkualiti, satu pokok sawit boleh menghasilkan buah sawit yang lebih banyak.
Selain itu, kajian genom benih sawit juga akan membantuk pokok dan buah sawit lebih berdaya tahan daripada serangan penyakit. Bagi pekebun dan peladang sawit, racun rumpai adalah ‘senjata utama’ untuk memastikan pokok sawit tumbuh subur dan buah sawit yang terhasil dalam keadaan baik untuk dijual.
Dengan kajian ini, ia akan membantu pemain industri sawit Malaysia mengurangkan kos penggunaan racun rumpai, seterusnya dapat memastikan hasil tuaian sawit yang lebih baik dan mencapai standard buah sawit yang berkualiti tinggi.
Secara tak langsung, kualiti sawit yang tinggi akan memberi pulangan faedah yang lebih menguntungkan untuk pekebun, peladang dan pemain industri sawit Malaysia. – PPI
oleh MH
kredit foto: AntaraFoto