Berita | Polis perlukan bantuan saksi kemalangan maut

KUALA LUMPUR: Polis memerlukan bantuan orang awam untuk membantu siasatan kes kemalangan hingga mengakibatkan dua penunggang motosikal maut, manakala seorang lagi parah di sekitar Petaling Jaya, semalam dan Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Jalil, berkata pihaknya semalam menerima laporan kes kemalangan di Kilometer (KM) 24.8 Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) menghala Sungai Buloh pada jam 8.37 malam, membabitkan sebuah motosikal Honda dan kereta Perodua Alza.

Beliau berkata, siasatan mendapati Perodua Alza yang berada di lorong paling kanan hilang kawalan lalu berpusing dan merempuh pembahagi jalan akibat jalan licin disebabkan hujan.

Susulan itu, katanya, kereta itu terhenti dalam keadaan melintang di lorong itu yang kemudian dirempuh motosikal menyebabkan penunggangnya parah.

“Satu lagi kemalangan di Jalan Sungai Buloh-Kepong, berdekatan susur Sri Damansara, jam 10.20 pagi semalam membabitkan sebuah motosikal Modenas Kriss, kereta Perodua Myvi dan lori.

“Motosikal itu melanggar belakang bucu kiri kereta itu menyebabkan penunggangnya terjatuh yang kemudian digilis lori itu. Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Kemalangan di KM 1.6 Lebuhraya Damansara Puchong, jam 9.40 malam Ahad lalu pula membabitkan sebuah motosikal Honda yang ditunggang lelaki berusia 24 tahun.

“Motosikal itu dipercayai terbabas menyebabkan mangsa terjatuh yang kemudian turut disahkan maut di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Orang ramai mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi pegawai penyiasat trafik, Inspektor Rozilah Hussin di talian 016-2679025. – BH ONLINE

oleh Faris Fuad

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: