England, Scotland longgar sekatan perjalanan

LONDON: England dan Scotland membuat keputusan melonggarkan sekatan perjalanan sekali gus memudahkan kemasukan individu yang lengkap divaksinasi ke negara terbabit.

Pegawai kerajaan berkata, kelonggaran itu dilaksanakan akibat kegelisahan orang awam dan industri pelancongan terhadap pelbagai sekatan yang dibimbangi meningkatkan kos percutian musim panas kepada banyak keluarga.

Setiausaha Pengangkutan UK, Grabt Shapps berkata, perubahan peraturan itu bermaksud menjadikan sesuatu sistem menjadi mudah dan lancar.

“Kelonggaran peraturan membolehkan lebih ramai orang melancong, bertemu insan disayangi atau menguruskan perniagaan, sekali gus memacu kembali industri pelancongan,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Bagaimanapun senarai peraturan ‘merah’ masih dikekalkan, yang memerlukan pelancong menjalani kuarantin di hotel ditetapkan kerajaan bagi mereka yang tiba dari lokasi panas’ COVID-19.

Susulan itu, lapan negara akan dikeluarkan daripada senarai merah England dan Scotland mulai Rabu ini iaitu Bangladesh, Mesir, Kenya, Maldives, Oman, Pakistan, Sri Lanka dan Turki.

Mulai 4 Oktober ini, pelancong lengkap vaksinasi yang tiba di England tidak lagi perlu menjalani ujian saringan sebelum berlepas.

Sementara itu, mulai akhir Oktober ini, mereka tidak perlu melakukan PCR yang mahal pada hari kedua tiba di England, sebaliknya hanya perlu membuat ujian menggunakan kit pantas antigen.

Shapps berkata, peraturan itu hanya terpakai untuk England, tetapi Scotland mengekalkan syarat untuk ujian PCR sebelum berangkat dan juga pada hari kedua tiba, kerana bimbang kesan signifikan terhadap kesihatan awam.

Badan industri pelancongan negara terbabit menyambut baik langkah itu, sementara Dewan Perdagangan Britain mengatakan ia dapat memberikan keyakinan kepada pelancong serta peniaga.

Sumber : Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: