Terima hakikat vaksinasi kaedah paling berkesan setakat ini

Dunia masih tidak mampu keluar daripada belenggu COVID-19 walaupun pelbagai langkah pencegahan diambil hampir dua tahun. Daripada kaedah sekatan pergerakan dan penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) hingga pemberian vaksin besar-besaran di seluruh dunia, virus berkenaan semakin bermutasi dengan varian baharu lebih berbahaya.

Perkembangan ini menyemarakkan lagi pertembungan antara dua kelompok masyarakat era COVID-19, iaitu golongan antivaksin dan provaksin.

Hakikatnya, pandemik bukan fenomena baharu. Sekitar pertengahan kurun ke-14, wabak Black Death tercetus di Asia Tengah berpunca bakteria bawaan tikus.

la merebak begitu pantas di Asia, Eropah, Afrika Utara dan beberapa bahagian dunia lain. Masyarakat dunia ketika itu tidak mengetahui punca wabak berkenaan, apatah lagi cara merawatnya.

Apa yang terdaya mereka lakukan hanya berdoa dan berlindung di rumah ibadat, menyebabkan semakin ramai mangsa dijangkiti dan terkorban.

Sebelum era kemajuan perubatan muncul, masyarakat Eropah misalnya menyalahkan Yahudi kerana didakwa membawa sial.

Amalan ilmu hitam dan kemurkaan Tuhan serta dewa dewi juga didakwa sebagai penyebab wabak. la adalah penjelasan paling mudah untuk memahami punca sesuatu wabak.

Sumber : Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: