Berita | Kes baru Covid-19 menurun bawah 15,000
Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 14,954 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 2,097,830 kes.
Kes harian Sarawak kekal tertinggi dengan rekod sebanyak 2,707 disusuli Selangor yang mencatat 2,028 kes jangkitan.
Sabah mencatatkan kes harian sebanyak 1,356, Kedah (809), Kelantan (1,420), Perak (1,222), Pulau Pinang (1,259), Kuala Lumpur (383), Pahang (705), Melaka (207), Negeri Sembilan (144), Terengganu (671) dan Johor (1,948).
Putrajaya (19), dan Perlis (76) sahaja negeri yang mencatat kes dua digit hari ini.
Sementara Labuan tidak mencatatkan sebarang kes. – MALAYSIA NOW
kredit foto: TheEdgeMarkets