Berita | Nelayan Indonesia risau kehadiran kapal perang China

JAKARTA: Nelayan Indonesia di kepulauan Riau, Indonesia suarakan kebimbangan dan rasa takut serta terancam selepas melihat lima kapal perang China di Laut Natuna Utara.

CNN Indonesia melaporkan, maklumat itu diterima daripada nelayan yang kembali dari laut selepas melihat kapal perang China di Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) Indonesia.

Ketua Nelayan Lubuk Lumbang, Bandarsyah, Kepulauan Riau, Herman, berkata mereka rasa terganggu dan takut dengan kehadiran kapal perang asing tanpa sebab di perairan itu.

“Dulu cuma ada dua unit kapal perang, tetapi sekarang tiba-tiba ada lima unit kapal perang,” soalnya.

Isu sama pernah berlaku pada akhir 2019 hingga awal 2020, di mana dua kapal perang asing dilihat mengawal kapal nelayan China di Natuna Utara.

Disebabkan itu, nelayan berasa trauma setiap kali melihat kapal perang asing berada di perairan negara.

Lima unit armada yang dilihat itu terdiri daripada dua kapal peronda, dua kapal perang biasa dan satu kapal induk.

Meskipun, kapal-kapal itu tidak dilihat melakukan sebarang kegiatan, Herman berkata nelayan masih berasa tidak tenang.

“Nelayan kami orang awam, sudah turun-temurun mencari ikan di laut itu dan kami mahu kepastian mengenai kehadiran mereka.

“Nelayan nanti perlu mencuri-curi mencari ikan dan terus tertanya-tanya mengenai motif kapal perang asing itu, sehingga mempengaruhi jumlah tangkapan ikan,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Perhubungan Awam Agensi Keselamatan Maritim Indonesia, Kolonel Wisnu Pramandita, mengakui kehadiran kapal perang asing di wilayah EEZ atas beberapa faktor.

Antaranya adalah status kawasan yang menjadi laluan utama keluar masuk ke Selat Sunda dan Selat Melaka selain kapal berkenaan boleh menggunakan laluan itu selagi mana tidak mengambil sumber kekayaan. – AGENSI

kredit foto: AFP

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: