Berita | Terkejut gambar digunakan sindiket pelancongan tidak wujud

SHAH ALAM – Seorang penyunting akhbar Sinar Harian terkejut apabila mendapat tahu gambarnya digunakan individu lain untuk menawarkan pakej pelancongan ke Langkawi yang tidak wujud di laman sosial Facebook.

Anita Abu Hassan, 43, berkata, dia menyedari perkara tersebut selepas dihubungi seorang wartawan sebuah akhbar tempatan yang membuat artikel laporan khas mengenai pakej pelancongan ke Langkawi.

“Saya mendapat panggilan daripada wartawan tersebut memaklumkan bahawa gambar saya digunakan oleh seorang individu di Facebook.

“Profil Facebook yang menggunakan gambar saya itu dilihat menawarkan pakej pelancongan ke Langkawi, sedangkan saya langsung tidak mengenali pemilik akaun itu dan tidak ada kaitan dengan pakej pelancongan yang ditawarkan,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Anita yang sudah berkhidmat dengan Sinar Harian selama 14 tahun berkata, bimbang mengenai keselamatan diri, beliau membuat laporan di Balai Polis Seri Iskandar, Perak.

Menurutnya, pemilik akaun tersebut ternyata sangat tidak bertanggungjawab kerana tergamak menggunakan gambar orang lain untuk melakukan penipuan.

“Saya terkejut akaun Facebook itu memaparkan gambar profil saya. Saya bimbang sekarang banyak kes penipuan melibatkan pakej pelancongan tidak wujud.

“Saya berharap pihak berkuasa dapat menyiasat, mengesan pemilik akaun tersebut dan mengambil tindakan tegas agar tiada orang lain menjadi mangsa penipuan ini,” katanya yang bercadang membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berhubung perkara ini. – SINAR HARIAN

oleh Muhammad Aminnuraliff

kredit foto: TravelDailyMedia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: