Berita | 14,345 kes Covid-19, Sarawak tertinggi

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan melaporkan 14,345 kes baharu Covid-19, menjadikan keseluruhan jangkitan meningkat kepada 2,112,175 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, seramai 16,814 pesakit sembuh, menyebabkan jumlah kes discaj meningkat kepada 1,880,736 kes.

Daripada jumlah kes baharu itu, 212 atau 1.5% daripada jumlah kes baharu hari ini dalam Kategori 3 hingga 5, manakala 14,133 kes atau 98.5% lagi Kategori 1 dan 2.

Katanya, seramai 1,167 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi, dengan 906 orang disahkan positif Covid-19 dan 261 lagi disyaki positif.

Beliau berkata, 636 daripada jumlah itu memerlukan bantuan pernafasan, dengan 407 orang disahkan positif Covid-19 dan selebihnya 229 lagi disyaki positif.

Katanya, Sarawak mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 3,611 kes.

Ia diikuti Johor dengan 1,598 kes, Selangor (1,365), Sabah (1,255), Pulau Pinang (1,170), Perak (1,090), Kelantan (1,050), Kedah (967), Terengganu (804), Pahang (779), Kuala Lumpur (307), Melaka (162), Negeri Sembilan (125), Perlis (51) dan Putrajaya (11).

Labuan tidak melaporkan sebarang kes dalam tempoh 24 jam lalu.

Daripada jumlah baharu itu, Hisham berkata, 43 kes import dan baki 14,302 kes penularan tempatan membabitkan 13,072 warganegara serta 1,230 warga asing.

Beliau berkata, kadar kebolehjangkitan Covid-19 negara ialah 0.92 setakat semalam, dengan Pahang mencatatkan R-nought tertinggi pada 1.06.

Ia disusuli Sarawak (1.04), Perak (1.02), Terengganu (1.02), Johor (1.00), Kelantan (1.00), Pulau Pinang (0.97), Perlis (0.95), Putrajaya (0.93), Sabah (0.91), Kedah (0.89), Melaka (0.89), Negeri Sembilan (0.85), Selangor (0.83) dan Kuala Lumpur (0.82). – FMT

kredit foto: Alexandra Radu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: