Berita | Kerajaan giat eksport produk buluh ke seluruh dunia

PUTRAJAYA, 20 SEP : Kerajaan sedang giat menjalankan usaha bagi meningkatkan eksport produk buluh negara ke serata dunia.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, Pelan Tindakan Pembangunan Industri Buluh Negara 2021-2030 akan diteruskan dengan fokus ke arah memperkasakan hala tuju negara sebagai pengeluar buluh dan produk berasaskan buluh ke China, Indonesia, Thailand dan serata dunia.

Menurutnya, negara ini mempunyai lebih 70 jenis buluh, yang nilai eksport produknya pada tahun lalu sebanyak RM8.28 juta.

“Pada masa kini, terdapat 577 pengusaha dalam industri berasaskan buluh.

“Kebanyakannya merupakan industri kecil dan sederhana yang terletak berhampiran kawasan yang mempunyai banyak sumber buluh,” kata Zuraida dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru, katanya, Kementerian menerusi Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) akan meneruskan kemudahan pinjaman buluh kepada pengusaha-pengusaha berkenaan di bawah Program Penanaman Ladang Hutan (PLLH).

Ia bagi memastikan pengeluaran buluh negara berterusan dan dapat memenuhi kehendak pasaran dunia, jelasnya. – PPI

kredit foto: TheStar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: