Berita | KKM pertimbang dos penggalak penerima vaksin Cansino
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) akan mempertimbangkan untuk memberikan dos penggalak kepada penerima vaksin tunggal Cansino.
Menterinya, Khairy Jamaluddin, berkata perkara itu juga ada dinyatakan dalam permohonan oleh Cansino kepada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) berkemungkinan, penerima Cansino juga akan menerima dos penggalak selepas enam bulan diberikan pelalian berkenaan.
“Bagaimanapun, kita akan memantau data dari negara lain yang menggunakan Cansino, sekiranya dapati mereka memberikan dos kedua selepas pemberian dos tunggal itu, kita akan mempertimbangkan.
“Apa yang positif mengenai vaksin itu ialah, kita mempunya kilang di Malaysia dan kerajaan tidak mempunyai masalah dari segi perolehan,” katanya pada sidang media selepas pelancaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Remaja di SMK Presint 8 (1) di sini, hari ini.
Hadir sama ialah Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin dan Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali. – BH ONLINE
oleh Noor Atiqah Sulaiman
credit photo: Fortune